Pengaruh Maqasid Syariah terhadap Muamalat pergaulan Usahawan Asnaf

The Influence of Maqasid Syariah on Muamalah Activities of Asnaf Entrepreneurs

Authors

  • Junainah Idris KUIS
  • Siti Syuhada Abd Rahman KUIS
  • Azri Rizal Md Razali KUIS

Keywords:

Pemasaran Islam, Lembaga Zakat Selangor, Usahawan, Industri 4.0, Rasulullah S.A.W

Abstract

Era industri 4.0 mencetuskan fenomena pemasaran yang meluas. Usahawan era digital ini memerlukan keupayaan untuk membina strategi pemasaran yang mantap dan berbeza untuk memastikan kebolehan bersaing dalam lanskap pemasaran yang luas. Dalam keghairahan mencipta peluang dan memasarkan produk dan perkhidmatan, usahawan khususnya usahawan Muslim perlu mengambil kira garis panduan yang ditetapkan oleh Islam. Pada masa kini aktiviti dan strategi pemasaran yang melanggar etika mula menjadi ikutan kerana mengejar keuntungan. Aspek ini perlu diberi perhatian kerana di dalam Islam halal dan haram itu jelas dan tiada keraguan antara keduanya. Trend pemasaran ini juga menjadi kaedah pemasaran yang digunakan oleh usahawan asnaf. Secara amnya, usahawan asnaf lebih memfokuskan kepada sumber modal perniagaan serta pembayaran zakat dan terlepas pandang aspek yang lain di mana keseluruhan pengendalian dan pengurusan perniagaan perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan berdasarkan maqasid syariah dan muamalat pergaulan Islam. Justeru itu objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh pengetahuan usahawan asnaf mengenai maqasid syariah terhadap muamalat pergaulan mereka berdasarkan sifat-sifat Rasulullah S.A.W iaitu siddiq, amanah, tabligh, dan fathonah. Kajian ini melibatkan 100 orang responden yang terdiri daripada usahawan asnaf Lembaga Zakat Selangor yang menghadiri kursus lanjutan keusahawanan anjuran Teraju Ekonomi Asnaf Selangor (TERAS). Data yang dikumpul melalui borang soal selidik dianalisa menggunakan perisian SPSS 21.0. Analisa regresi berganda dijalankan untuk mencapai objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan mengenai maqasid syariah mempengaruhi muamalat pergaulan usahawan asnaf. Tingkah laku siddiq dipengaruhi sebanyak 44.9%, amanah 38.3%, tabligh 31.6% manakala fathonah 28%. Justeru itu dapat disimpulkan bahawa untuk menjalankan aktiviti pemasaran Islam, usahawan perlu mempunyai pengetahuan mengenai maqasid syariah dan ini akan membentuk sikap dan tingkah laku usahawan yang mana ianya akan diterjemahkan melalui muamalat pergaulan usahawan.

Industrial era 4.0 triggered a widespread marketing phenomenon. Entrepreneurs in this digital age need the ability to develop robust and diverse marketing strategies to ensure the ability to compete in a broad marketing landscape. In the interest of creating opportunities and marketing products and services, entrepreneurs especially Muslim entrepreneurs need to take into account the guidelines set by Islam. Nowadays marketing activities and strategies that violate ethics are becoming the pursuit of profit. This aspect needs to be taken into account because in halal and Islamic law it is clear and there is no doubt between them. This marketing trend is also the marketing method used by the entrepreneurs. Generally, asnaf entrepreneurs are more focused on the source of business capital and zakat payments and overlook other aspects in which the whole operations and management of business is required to adhere to the guidelines set on the basis of maqasid shariah and Islamic association. Therefore, the objective of this study is to identify the effect of knowledge of asnaf entrepreneurs on maqasid syariah towards their behaviour and attitude based on the attributes of Rasulullah S.A.W namely siddiq, amanah, tabligh, and fathonah. The study involved 100 respondents comprising of asnaf entrepreneurs under Lembaga Zakat Selangor attending an advanced entrepreneurship course organized by the Teraju Ekonomi Asnaf Selangor (TERAS). Data collected through the questionnaire were analyzed using SPSS 21.0 software. The findings show that knowledge of maqasid shariah influenced the behaviour and attitude of asnaf entrepreneurs. Siddiq behavior was affected by 44.9%, Amanah 38.3%, tabligh 31.6% and fathonah 28%. It can therefore be concluded that in order to carry out Islamic marketing activities, entrepreneurs need to have knowledge of the maqasid shariah and this will shape the attitude and behavior of the entrepreneurs which will be interpreted through their business practice.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Qaradhawi, Y., & al-Bakri, t. Z. (2014). Halal & Haram dalam Islam. Cheras, Selangor: Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd.

Al-Shatibi, Abu Ishaq. (1996). Al-muwafaqaat fi usul al-sharia. Dar-al-Ma’rifah, Beirut, Jil. 1, hlm. 351.

Al-Zuhayli, Wahbah. (1997). Nazariyah al-dhorurah al-syari’yyah muqaranah maa’ al-qanun al-wadhi’. Dar al-Fikr, Damsyik, hlm. 48.

Azila Ahmad Sarkawi, Alias Abdullah, Zaleha Kamaruddin, Nurul Aida Salim, Norimah Md Dali. (2015). A survey on the understanding of maqasid al-shari'ah among local authorities in Malaysia in the pursuit of urban sustainability. Proceeding, International Conference on Maqasid al-Shari'ah in Public Policy and Governance. 1-16.

Azman, A.R., Mohd Dali, Nuradli Ridzwan Shah, S., Hisham, Abdullah, Mahdhir, Nordin, Siti Nurulhuda, Nooh, M.N., Muhammad, Izlawanie, Farah, M.Y., Mohd Faez Abu Bakar. (2014). Konsep keusahawanan berteraskan intergrasi ilmu naqli dan aqli. Proceeding, International Muamalat and Entreprenuership Conference.

JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2019). Prinsip maqasid syariah. Retrieved from http://www.islam.gov.my/bahagian-maqasid-syariah/1181-prinsip-maqasid-syariah.

Jung, Carl G. (1971). Collected works, volume 6: psychological types, Princeton University Press.

Khamis, M. R. (2015). Measuring religious values development based on maqasid syariah approach in compliance behaviour of business zakat scenario. Advances in Business Research International Journal. 51-62.

Khoirul Umam. (2015). Spiritual marketing in Islamic perspective. Journal of Applied Business and Economics. 2(2), 173 – 192.

Lembaga Zakat Selangor. (2017, April 25). 965 keluarga berjaya keluar asnaf. Retrieved from https://www.zakatselangor.com.my

Md. Mahabub Alom & Md. Shariful Haque. (2011). Marketing: An Islamic perspective. World Journal of Social Sciences, 1(3), 71-81.

Mohd Adib Abd Muin, Azizi Abu Bakar, Shuhairimi Abdullah. (2014). Model usahawan berjaya dalam amalan nilai-nilai murni keusahawanan sosial Islam. Journal of Human Development and Communication. 3.

Muhammad Arham. (2010). Islamic perspectives on marketing. Journal of Islamic Marketing. 1 (2), 149-164. https://doi.org/10.1108 /17590831011055888.

Noraihan Mohamad, Mohd Sobhi b. Ishak, Sabrina bt. Mohd Rashid. (2017). Pengaruh personaliti usahawan Islam terhadap kepercayaan dalam mengukuhkan komitmen dan kesetiaan pelanggan. International Journal of Islamic Business. 2 (1).

Roscoe, J.T. (1975). Fundamental research statistics for the behavioural sciences. 2nd edition. New York: Holt Rinehart & Winston.

Sharif M. Raihan. (1996). Guideline to Islamic economics (nature, concepts and principles). Bangladesh Institute of Islamic thought, Dhaka, Bangladesh.

Sula, M. S. & Kartajaya, H. (2006). Shariah marketing. Bandung: Mizan.

Tamamudin. (2014). Merefleksikan teori pemasaran ke dalam praktik pemasaran Syariah. Jurnal Hukum Islam (JHI.).12 (2).

Published

2020-06-12

How to Cite

Idris, J. ., Abd Rahman, S. S. ., & Md Razali, A. R. (2020). Pengaruh Maqasid Syariah terhadap Muamalat pergaulan Usahawan Asnaf: The Influence of Maqasid Syariah on Muamalah Activities of Asnaf Entrepreneurs. Journal of Management and Muamalah , 10(1), 3 - 17. Retrieved from https://jmm.uis.edu.my/index.php/jurnal/article/view/41